Komponen-komponen kecergasan fizikal
Komponen-komponen kecergasan fizikal adalah diantara perkara yang penting sebelum anda ingin memulakan latihan anda. Ini adalah kerana tahap kecergasan fizikal anda akan menentukan intensiti latihan yang akan anda lakukan. Latihan yang dilakukan mengikut intensiti yang tepat akan memastikan anda mendapat keputusan yang positif dari masa ke semasa.
Komponen-komponen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan kesihatan fizikal dan kecergasan kemahiran fizikal. Kecergasan kesihatan fizikal merangkumi kecergasan kardiovaskular, kekuatan otot, komposisi badan, fleksibiliti dan daya tahan otot. Manakala kecergasan kemahiran fizikal merangkumi koordinasi, kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan dan masa tindak balas.
Kesemua komponen-komponen kecergasan fizikal ini perlulah diambil kira dalam menentukan tahap intensiti latihan atau bebanan yang anda akan lakukan. Anda bolehlah membuat ujian kecergasan fizikal bagi menentukan tahap kecergasan fizikal anda secara terperinci.
Ini adalah antara salah satu contoh jadual yang saya buat untuk client saya.
Ada bermacam-macam ujian fizikal yang kita dapat lakukan bagi mengenal pasti tahap kecergasan anda. Tetapi perkara yang utama sekali ialah anda perlu tahu matlamat anda dalam setiap latihan(exercise) yang anda lakukan.
Adakah anda ingin berlatih tanpa ada sebarang peningkatan atau anda sendiri tidak tahu berapa banyak peningkatan atau perkembangan anda dalam setiap latihan yang anda telah lakukan?